Definisi
Tugas yang perlu guru lakukan dalam pengurusan dalam bilik darjah ialah mewujudkan peraturan bilik darjah. Peraturan ialah arahan yang perlu dipatuhi para pelajar semasa berada di dalam bilik darjah. Seseorang pelajar itu hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan agar tidak dikenakan sebarang hukuman atas perbuatan yang dilakukan.
Tujuan
Tujuan mewujudkan peraturan sekolah adalah untuk menjaga keselamatan para perlajar, emosi serta situasi pembelajaran agar berjalan dengan lebih lancar. Guru perlulah memastikan pelajar-pelajar berdisiplin agar tidak mengganggu pembelajaran dan pengajaran berlangsung.
- Peraturan yang dipersetujui
- Adil kepada semua
- Mudah dan ringkas
- Sejajar dengan peraturan sekolah.
Pelaksanaan
- Menerangkan akan hukuman jika pelajar melanggar peraturan.
- Memaparkan peraturan di tempat yang mudah dilihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.